Suka RELA Paksa?!

Home » , » Suka RELA Paksa?!
8:38 AM | Aizat Chik Suliman | No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua agak lama saya menyepi dalam dunia bloging agak sibuk dengan kehidupan pekerjaan sehingga hobi bloging saya terpaksa ketepikan.

Mungking tajuk hari ini agak jangal bunyinya akan tetapi mungkin ramai yang sedar dan ramai yang tidak sedar dalam pengunaan seharian di laman sosial seakan ada page yang ingin meraih like / follow teramai dengan artikel yang mereka sampaikan connected dengan itu bertambah ramai follower mengikuti page terbabit.

Mungkin ada yang juga yang benar-benar menjadikan laman sosial sebagai punca pendapatan sampingan / tetap dalam perniagaan di atas talian.

Medan sosial memang medan terbaik untuk melakukan marketing bagaikan melakukan jualan rumah ke rumah dengan hanya beberapa klik sahaja.

Yang menjadi isu apabila mereka menjalankan intro sagment / page / group / artikel dengan mengunakan penarikan follower secara senyap-senyap agar kita like pada statment dan start follow daripada artikel sedia ada kepada artikel yang akan datang kepada kawan-kawan kita dan seterusnya.

Mungkin hal ini ada disampaikan oleh pihak berkenaan mengenai hal ini dan kita hanya mengambil ringan sahaja dan tidak sedar bahawa "like" dan follow kita terhadap sesebuah page itu amat bermakna!

Sambung semula kepada tajuk kita. apabila sesebuah page contohnya di facebook menyiarkan gambar kucing yang amat comel. Hati siapa yang tidak terpikat kalu dibawah gambar tersebut ada tag dengan perkataan "jika comel like jika suka komen" kita akan cenderung untuk "like&komen" gambar tersebut.

Cuba bayangkan apabila isu keagamaan pula yang dijadikan bahan untuk membesarkan network page tersebut? dari sudut agama? dari sudut penganut agama tersebut? cuba bayangkan and predict the worst part.

Mungkin ada yang setuju mungkin juga tidak dengan pendapat saya ini. TAPI bagi saya isu agama tidak boleh dibuat modal dalam perniagaan semata-mata untuk memancing follower ataupun like. Mungkin juga page itu di cipta untuk tujuan keagamaan tetapi untuk unsur perniagaan saya mengatakan tidak.



0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?