Samsung Andriod! Kelemahan Pada Sistem Keselamatan?

Home » , , , , » Samsung Andriod! Kelemahan Pada Sistem Keselamatan?
8:59 AM | Aizat Chik Suliman | No comments


Salam Kepada Semua,

Mungkin penguna samsung andriod sedar atau tidak mengenai hal ini. Kekunci keselamatan pada telefon pintar anda boleh dibuka dengan hanya 1 panggilan telefon!. Betul atau tidak sila cuba sendiri, Sebenarnya saya baru beli telefon pintar ini untuk hadiah kepada diri sendiri (maklum la sebelum ini tidak gemar dengan telefon cangih kerana stuasi tempat kerja tidak sesuai).

Pada hari pertama saya membelek sistem andriod untuk belajar kerana manual book tidak menerangkan function yang ada dalam telefon pintar yang saya beli.

Nak di pendekkan cerita saya telah membuat pattern lock dan lupa macam mana pattern lock yang saya setkan. Sehingga beratus kali mencuba tetap gagal. Dah la hari pertama pakai jenama Samsung (sebelum ini saya guna Nokia user friendly) terkena lock pattern yang saya setkan dan lupa bagaimana patternnya.

Satu hari telefon pintar saya menjadi barang hiasan semata sakit hati bukan kepalang. Teringat nak buat research kat uncle google. research pada kata kekunci "pattern lock reset" banyak juga website yang menyediakan info mengenai pattern lock.

Salah satu caranya melalui panggilan masuk. Apabila call in dan di jawab panggilan tersebut terus menekan button home. Melalui telefon kita diluar keadaan standby yang mempunyai lock pattern dari situ kita boleh memadam lock pattern di setting.

Yang kedua adalah melalui hard reset. dimana telefon perlu dipadam dan menekan volume + dan di onkan dalam 5-6 saat (butang on ditekan serentak). apabila logo samsung keluar menu andriod akan keluar dan pilih reset.

Segala bentuk data yang tersimpan didalam memori telefon pintar tersebut akan dipadam termasuk lock pattern yang kita lupa. Back to title Samsung Andriod! Kelemahan Pada Sistem Keselamatan? apa pendapat anda? Setuju atau tidak?

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?