Tidak bersenam, stres, rokok, arak punca penyakit tidak berjangkit

Home » , , » Tidak bersenam, stres, rokok, arak punca penyakit tidak berjangkit
11:41 PM | Aizat Chik Suliman | No comments
KLANG: Tidak bersenam, bersenam dengan cara salah, stres, minuman keras dan merokok antara faktor utama dikenal pasti sebagai punca penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya penyakit jantung yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, hampir 12,000 kematian akibat penyakit jantung dicatatkan di seluruh negara tahun lepas.
Beliau berkata kajian kementerian menunjukkan satu daripada setiap dua penduduk dewasa di Malaysia menghidapi hipertensi manakala setiap satu daripada lapan dewasa menghidapi diabetes.

"Semakin ramai rakyat mati lebih awal (pramatang) akibat penyakit NCD. Berdasarkan rekod, trend masyarakat kini meninggal sebelum umur 60 tahun akibat gaya hidup tidak sihat serta mengabaikan kesihatan.



Secara purata hanya kira-kira 15 peratus rakyat Malaysia yang melakukan senaman. Selebihnya tidak bersenam atau bersenam dengan cara salah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Selangor 2011 di sini, hari ini. - Bernama

sumber : hmetro

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?