Remaja Pesta Seks Di Bilik Asrama

Home » , , , » Remaja Pesta Seks Di Bilik Asrama
5:52 PM | Aizat Chik Suliman | No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca lepaksonline. Kali ini ingin mengupas isu mengenai ketidak sopanan para remaja perempuan yang kerap membawa lelaki balik hostel yang berada disebuah kolej swasta di Klang.

Biasa jika kita dengar hostel kolej biasa mereka yang pada sem 1 dan 2 kan? memang kepercayaan ibubapa yang diberi untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya cerah masa hadapan di persia-siakan sahaja.

Hanya newbie sambung belajar dah buat hal. Hal macam nie selalu berlaku cuma tidak diberi perhatian sehingga menjadi tajuk utama surat khabarkan. Pelajar yang terhasil langsung tidak produktif dalam masa yang sama membazir wang ibu bapa dan PTPTN.

Antara petikan Hmetro & surat khabar harian metro edisi utara aku baca

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.


“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.
sumber : Hmetro

Nak salahkan siapa? ibubapa? sebab memberi kebenaran untuk sambung belajar? Pihak Kolej? yang menyediakan hostel untuk pelajar itu tingal? atau sekuriti guard ? yang menjaga bagunan dan keselamatan para pelajar?

P/S : pesanan hmetro untuk maklumat lanjut boleh beli surat khabar metro 

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?