Fitnah Dalam FB?!

Home » , , , , » Fitnah Dalam FB?!
12:53 AM | Aizat Chik Suliman | 2 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya dengan anda semua. Pernahkah kita melihat timeline di facebook kawan-kawan kita mengenai kisah-kisah tertentu.

Sebagai contoh "..... andai anda tidak sebarkan kepada 20 orang malang akan menimpa 20 tahun...." ataupun isu makanan dalam tin, kebaikan air coke?

Share demi share like demi like post yang kawan kita post kan tanpa usul periksa. Perasan atau tidak bahawa kadang-kadang artikel itu dalam secara tidak langsung berunsur fitnah?

Sumber artikel yang kita letak pada facebook dengan niat nak popular baik untuk berkongsi maklumat dengan rakan fb kita yang sumbernya daripada email kita yang datang daripada kawan kepada kawan kita daripada kawan kepada kawan kita....... dan sehingga pemilik asal artikel / media yang bergelar spammer.

Spammer biasanya menghantar sebarang bentuk media bermisikan keuntungan peribadi dalam bentuk-bentuk tertentu (perkataan biasa kita dengar "email marketing [black hat]").

Sekiranya artikel itu tidak benar kita sudah memfitnah pihak tersebut dan hukum dalam islam, fitnah itu di ibaratkan sama sifat memakan daging saudara islam sendiri (betulkan saya sekiranya salah). Dosa kering dalam menyebarkan artikel tanpa usul periksa kita share sama-sama.

fitnah ibarat memakan daging saudara islam
(gambar cth ehsan google image)

Dalam perundangan undang-undang pula kepada mereka yang mengeluarkan (1st posting) boleh di kenakan tindakkan undang-undang atas fitnah (boleh di saman) dan mereka yang share (terlibat berkongsi artikel) boleh di kena tindakan sebagai bersubahat! sekiranya pihak berkenaan mengambil tindakan.


P/S : Maka berhati-hati dalam urusan peribadi kita di ruang facebook. Mungkin kita sedang menyebarkan fitnah!.

P/P/S kepada sahabat blogger : Patut la kak red orang minat penulisan dier original. Kadang-kadang orang yang main kopi paste nie kurang sambutan return visitor. (aku pun main kopi paste jugak berita jela + pendapat aku gak hehe...)

2 Orang Berkata:

puteraduyong said...

terlampau senang dibuat...hanya dihujung jari sahaja...

Aizat Chik Suliman said...

@puteraduyong betul... kita kena semak maklumat dulu sebelum post/ share di fb atau blog

Post a Comment

Apa Kata Anda?