Di Maxico : Piramid Bawah Tanah?

Home » , , » Di Maxico : Piramid Bawah Tanah?
11:01 PM | Aizat Chik Suliman | 4 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, mungkin kita selalu mendengar dan melihat piramid (walaupun dalam gambar sebelum ini) di atas tanah tetapi adakah kita pernah melihat piramid didalam tanah dan dalam keadaan terbalik?

Gambar ehsan Google

Hal ini berlaku di Maxico City dan masih dalam perbinaan lagi dengan dalam perancangan membina setinggi 65 tingkat sehingga 300 meter ke dalam tanah kata arkitek mereka dan setiap 10 daripadanya dikhaskan untuk kediaman dan kedai, selain sebuah muzium serta 35 tingkat lagi untuk dijadikan pejabat.

Pada tapak atas pula akan dibina sistem pencahayaan bagi menerangi bagunan terbabit mengunakan lapisan kaca untuk menutup lubang empat segi sama seluas 240 meter x 240 meter. Bangunan itu turut juga akan menempatkan sebuah pusat kebudayaan baru untuk Mexico.


“Undang-undang Pusat dan kerajaan tempatan pula melarang sebarang bangunan bersejarah dimusnahkan.

“Jika ia dibenarkan pun, peraturan semasa mengehadkan pembinaan bangunan hanya setinggi lapan tingkat,” kata Pegawai firma arkitek BNKR Arquitectura, Esteban Suarez.




lakaran 3D Piramid terbalik




Katanya lagi, permintaan untuk ruang pejabat, pusat komersial dan kediaman sentiasa tinggi di Mexico City tetapi pada masa sama, tiada kekosongan ketika ini.

Di sebalik kekangan itu, katanya, pusat bandar raya Mexico City yang bersejarah itu perlukan perubahan.

Justeru, kata Suarez, mereka tidak ada pilihan kecuali satu - membina bangunan jauh ke dalam tanah.

“Pencakar bumi ini mengekalkan kewujudan bangunan yang menjadi mercu tanda Mexico City dan bangunan bersejarah lain di sekitarnya,” katanya.

Melalui lubang yang ada di tengah-tengah piramid terbalik itu, kata Suarez, semua penghuni bangunan berkenaan dapat menikmati cahaya semula jadi dari matahari.

Aspek pengudaraan juga diberi perhatian dengan mengekalkan sistem sedia ada, membolehkan penghuni menggunakan sumber semula jadi.

“Apabila bangunan ini siap nanti, pelbagai aktiviti masih boleh terus dilangsungkan di tengah bandar raya, seperti konsert, pameran terbuka dan perarakan tentera,” katanya.

Piramid memang memainkan peranan besar dalam sejarah seni bina Mexico.

Ribuan tahun lalu, pembangunan di negara itu banyak dipengaruhi struktur piramid.

Ketika kaum Aztec tiba di Lembah Mexico, mereka membina piramid di atas tasik yang mereka temui di situ.

Sejajar dengan perkembangan dan pengaruh empayar Aztec, mereka membina piramid baru dengan saiz lebih besar - bukan di kawasan baru, sebaliknya di sekitar piramid asal.

Piramid tradisional merangkumi pelbagai lapisan sejarah, sesuai dengan era tertentu.

Apabila penjajah Sepanyol tiba di Amerika dan akhirnya menguasai Aztec, mereka membangunkan gereja Kristian di atas piramid berkenaan.
65 tingkat dalam posisi terbalik

Akhirnya, seluruh bandar raya kolonial itu dibina di atas tapak tamadun Aztec.

Pada abad ke-20, banyak bangunan kolonial diruntuhkan untuk memberi ruang kepada pembinaan bangunan moden di atas tapak bersejarah.

Justeru, Suarez berkata, pihaknya mahu mengelak kesilapan itu berulang.

“Bangunan pencakar bumi ini dibina jauh ke dalam tanah untuk membolehkan kami menemui asal usul tamadun Mexico,” katanya.

Sumber Info : Hmetro

P/S : hebat idea mereka tapi apa agaknya efect kalo terbina ye?

4 Orang Berkata:

cindyrina said...

Wah!!! hebatnyeeee...:)

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

waaaa gila lah...piramid macam ini...huhuhu...hebat...upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...ini kali pertama ayob datang sini...waaa mantoplah blog ini.......maka....c`ayob follow sini .

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

www.cayob.com

Aizat Chik Suliman said...

@cindyrina memang hebat! tapi dalam proses mereka nie agak2 apa efek kat eco sistem ye? :p

@C' ayob saya datang balik di blog anda terima kasih atas kunjungan

forblogger.net said...

Salam Bro aizat. sorry lmbt reply sket. Template tu dah uprade dan ubah blk. hari tu coding rosak sbb edit semula x check. Skang dah buat baru.

LINK DOWNLOAD AND INTRODUCTION : templatemesraseo.blogspot.com

Post a Comment

Apa Kata Anda?