Bob Lokman: Nak Berdakwah pun susah?

Home » , , , » Bob Lokman: Nak Berdakwah pun susah?
9:54 PM | Aizat Chik Suliman | 2 comments
ehsan rumpunmakmur.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan pelawat semua. Sebenarnya tiada idea yang nak lekat sebagai bahan artikel kali ini. walaupun berulang kali berblog walking bagai :p namun ada berita yang menjadi bahan mata membaca untuk pengisian artikel kali ini :) iaitu Bob Lokman kena tahan. ini disebabkan beliau memberi ceramah tanpa lesen.

Beliau ditahan di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat. Kenapa susah sangat nak berdakwah? perlu memohon lesen dulu sebelum kita boleh mentarbiahkan seseorang? mungkin sebab beliau (Bob Lokman) dalam arena politik PAS menyebabkan beliau menjadi punca agar tidak di benarkan untuk berdakwah? Aku bukan menyokong mana-mana pihak / puak / parti politik (walaupun umur dah lepas untuk mengundi) tetapi untuk menyampaikan dakwah ceramah tidak semestinya seperti Majlis Hari Raya bersama DUN bahagian yang mana dalam ucapan boleh kata 90% suruh undi parti politik sekian-sekian.

Untuk menyampaikan dakwah saya rasa tidak sukar dan Bob Lokman juga perlu memohon lesen untuk berdakwah dari Jabatan Agama (sebab mengikut undang-undang kan..) cuma yang saya mengharapkan dua-dua pihak memberi kerjasama kerana ceramah itu di bawah naungan dakwah. Berapa orang yang ingin berdakwah dimasa sekarang yang dimana sibuk mencari rezeki untuk mengisi perut kaum keluarga?

antara petikan hmetro


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.

“Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.


Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah.

Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.

sumber : hmetro

P/S : pesanan dari Hmetro Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 
lepaksonline tidak terikat dengan mana-mana pertubuhan parti politik dan bersifat neutral


UPDATE : Tajuk di atas BUKAN dialog Bob Lokman

2 Orang Berkata:

forblogger.net said...

Kesian dia.. Xkan terus tangkap tanpa amaran. selagi tidak menyesatkan..

Bro aku dah reply comment ttg blog ko punya score seo

Aizat Chik Suliman said...

@Forblogger.net tq bro tu la... sebenarnya tiada batasan dalam berdakwah nie...

Post a Comment

Apa Kata Anda?