Bantuan Amal Ke Rumah Aman

Home » , , , » Bantuan Amal Ke Rumah Aman
3:23 AM | Aizat Chik Suliman | 2 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung LepaksOnline. Hari ini saya ingin berkongsi dan maklumat yang saya terima melalui email saya mengenai Rumah Aman. Email ini saya dapat daripada syarikat pengiklanan atas talian (online)Nuffnang Asia Pasifik yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan bekerjasama dengan syarikat TLC (Syarikat yang menjana dana melalui dividen jualan mereka berprodukkan keperluan rumah). TLC juga menaja beberapa rumah amal lain dalam usaha membantu mereka yang memerlukan (click TLC | promise me untuk mengetahui visi dan misi mereka lebih lanjut).


Kembali mengenai Rumah Aman, Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam, dengan kemudahan yang lengkap untuk menjaga kanak-kanak lelaki miskin yang menjadi yatim piatu atau dari keluarga yang memerlukan. Rumah Aman  mula beroperasi pada tahun 2005, dan pada masa ini menempatkan 30 kanak-kanak lelaki pelbagai lapisan umur. 


Di Rumah Aman, kanak-kanak disediakan dengan pendidikan, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Misi mereka adalah mudah - untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak, seperti ibu bapa lain untuk anak-anak mereka.


Kempen ini telah lama berlangsung sejak tahun lalu dengan jayanya akan tetapi terdapat beberapa element tambahan yang perlu kita bantu dari segi kewangan iaitu barang-barang keperluan pelajaran, bahan mentah makanan, perabut dan dana sebanyak RM 20,000.00 untuk bayaran eletrikal untuk pemutus kilat kilat dan pendawaian baru untuk Rumah Aman.


Pihak Nuffnang juga membuat lawatan ke tempat bergelar Rumah Aman dan membuat artikel untuk membantu isi Rumah Aman (Click Nuffnang-Rumah Aman Untuk membaca artikel)


Bagi mereka yang mempunyai barang-barang yang boleh didermakan untuk Rumah Aman ini boleh ke laman rasmi di Rumah Aman (click untuk melawat) untuk maklumat lanjut dan kepada mereka yang ingin mendermakan wang ringgit boleh membuat pindahan tunai ke:-


Maybank
No akaun : 562106720433 (Jangan Lupa untuk RemarkNuffnang TLC Promise Me S2)
pindahan tunai diatas talian (Online Banking) sahaja dan sila hantar screenshot bukti pemindahan tlcpromiseme@nuffnang.com


Bagi mereka yang lebih selesa mengunakan cek (cheque) boleh membantu dengan melalui syarikat Nuffnang beralamat 12B5 & 12B6, Heritage House, 33 Jalan Yap Ah Shak, 50300 Kuala Lumpur. Atas nama Nuffnang Sdn. Bhd.


Semua derma boleh ditolak cukai (LHDN), dan Rumah Aman akan dapat mengeluarkan resit untuk derma anda berikan (derma berbentuk wang tunai sahaja).


Kepada mereka yang berdaftar dengan syarikat Nuffnang khasnya blogger boleh lawat sini dan manakala ChrupChrup boleh lawati di sini untuk menderma sedikit earning anda demi mereka yang memerlukan :)


P/S : ini adalah review amal dari lepaks online untuk mereka yang memerlukan kepada blogger yang baru / lama dalam nuffnang dan chrupchrup marilah kita menderma earning kita walaupun RM 1 sahaja yang penting kita membantu dengan ikhlas :)


ini adalah review amal daripada LepaksOnline untuk mereka yang memerlukan







2 Orang Berkata:

Anonymous said...

rumah aman ni antara rumah kebajikan yang patut dijadikan contoh oleh rumah2 kebajikan yang lain kat malaysia..they r so structured n well managed..the children are getting the best education ever...they even sent the children to swimming class...i was their swimming instructors...

Aizat Chik Suliman said...

Terima kasih anonymous. anda boleh membantu mereka melalui saluran yang ada di atas :)

Post a Comment

Apa Kata Anda?