12 Jam di buli paksa minum arak dan dibogelkan!

Home » , , » 12 Jam di buli paksa minum arak dan dibogelkan!
2:03 AM | Aizat Chik Suliman | No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kaki lepak di sini, sebagai peminat kepada akhbar harian metro nak forwardkan mengenai kisah apabila kekayaan kesenangan menjadi punca di buli oleh rakan yang cemburu dengan kesenangan  beliau mereka
AMPANG: Seorang lelaki bukan sahaja dikurung lebih 12 jam di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, tetapi turut dipaksa minum arak, mengambil pil khayal sebelum dibogelkan.
Lebih keji, aksi ‘panas’ mangsa yang berbogel sambil mengerang kesakitan dan dalam keadaan khayal itu dirakamkan seorang daripada tiga lelaki menggunakan telefon bimbit.
Dua lagi menjadi penonton dan pengarah kepada setiap aksi mangsa sebelum masing-masing ketawa terhibur dengan aksi berkenaan.
Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli melampau tiga rakannya kerana disyaki cemburu dengan kesenangan hidup mangsa.
Mangsa dikurung sejak jam 8 malam, 18 Oktober lalu, tetapi berjaya meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.
Menceritakan kekejaman tiga lelaki terbabit, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Razak, 52, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang peniaga memaklumkan anaknya yang tidak bermaya dan cedera bersembunyi di sebuah kedai makan berhampiran kawasan berkenaan kerana dikejar tiga lelaki.
pesanan penaja : untuk info lanjut belilah harian metro

LepaksOnline : Macam-macam hal sekarang ini, mula-mula baca ingat yang mangsa perempuan tetapi lelaki. Mana tidaknya siap dibogelkan lagi yang pelik mereka dok cemburu rakan senang kenapa. Nak senang kena usaha sendiri. Mungkin sebelum ini mangsa berlaku "kejam" kat kawannya kot. Apa kata anda?

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?