Polis Gengster?

Home » , , , » Polis Gengster?
5:33 PM | Aizat Chik Suliman | No comments

Polis didakwa pukul orang awam tidak akan dilindungi


BUKIT KAYU HITAM: Anggota-anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata polis dianggap sebagai anggota profesional dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

"Pegawai kerajaan sepatutnya bagi contoh baik kepada orang ramai dan bukan melakukan sebaliknya," kata beliau ketika diminta mengulas dakwaan seorang pekerja pembersihan sisa pepejal, Mohd Ridzuan Mohd Noor dibelasah enam anggota polis di Kodiang, Sabtu lepas.

Dalam insiden 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan, 23 dibelasah kerana menegur seorang anggota polis berumur 40-an yang membuang sampah di luar tong sampah.


P/S : kepada bakal bapak mertua aku jangan marah ye :p

sumber : hmetro





0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?