Lelaki Itu Hanya Saudara Rapat Saya-Wawa Zainal

Home » , , » Lelaki Itu Hanya Saudara Rapat Saya-Wawa Zainal
5:33 PM | Aizat Chik Suliman | No comments

“Lelaki Itu Hanya Saudara Rapat Saya” – Wawa Zainal, Pelakon Drama A’na Lulu.


Nur Hawa Zainal Abidin, 20, atau lebih senang dipanggil Wawa Zainal adalah artis wanita yang baru meningkat naik dalam bidang seni hiburan. Kelibatnya dalam drama A’na Lulu benar-benar memberikan kesan kepada para penonton dengan watak gedik dan manja yang dilakonkan.
Anak ke-8 daripada 11 orang adik beradik ini mula menapak dalam industri hiburan apabila dia menghantar foto kepada MIG Production secara suka-suka tanpa menyedari yang dia bakal memulakan hidup baru sebagai seorang pelakon. Berasal dari Sabah, Wawa mempunyai darah campuran Melayu Brunei – Pinoy (Filipina) dan itu jelas tergambar di wajahnya yang cantik.
Namun begitu, sebagai seorang artis yang meningkat naik, Wawa telah menimbulkan kontroversi apabila gambar seksinya tersebar di laman-laman internet dan forum. Ketika ditemubual oleh OHBULAN! sebentar tadi, Wawa menjelaskan,
“Gambar tersebut diambil ketika saya belum menjadi artis lagi, dan pada waktu itu saya memakai rambut palsu dan saya sengaja mengambil gambar itu untuk suka-suka. Tapi sebelum ini telefon bimbit saya telah hilang dan mungkin saya telah disabotaj.”
Ditanya jika dia sengaja menyebarkan gambar itu untuk mendapatkan populariti, Wawa dengan tegas berkata,
“Saya mahu orang mengenali saya melalui bakat dalam diri saya. Namun apabila sudah terjadi hal sebegini, saya terpaksa hadapi pandangan orang lain walaupun dalam hati ini rasa takut sekali.”
Apabila ditanya mengenai gambarnya bersama seorang lelaki yang tersebar di internet, dia menjawab,
“Lelaki itu hanya saudara rapat saya dan kami memang sudah kenal dari kecil lagi. Bukannya teman lelaki seperti yang digembar-gemburkan.” ujar gadis putih melepak ini.
Wawa turut memberitahu kami siapakah pelakon lelaki popular yang diingininya jika diberikan peluang untuk berlakon bersama,
“Jika diberikan peluang untuk berganding bersama pelakon lelaki yang popular, saya teringin untuk berganding bersama Aaron Aziz.” ujarnya lagi sambil ketawa.
Dia turut memasang niat untuk memegang watak yang lebih positif memandangkan kesemua drama yang dibawanya sebelum ini hanya sebagai seorang yang manja dan mengada-ngada.
Wawa Zainal kini sedang menjalani penggambaran untuk drama terbarunya, Klik Musim 2. Gambar kontroversi Wawa Zainal > 
sumber : ohbulan





0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?