Cyber security Malaysia cadang kaji semula dasar keselamatan siber negara

Home » , , » Cyber security Malaysia cadang kaji semula dasar keselamatan siber negara
4:32 PM | Aizat Chik Suliman | No comments


KUALA LUMPUR: Cyber Security Malaysia mencadangkan Dasar Keselamatan Siber Negara (DKSN) sedia ada dikaji semula dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen dan strategi pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Husin Jazri berkata, penekanan kepada elemen pendidikan itu adalah perlu kerana menerusi pendidikan, ia boleh menghindar pengguna daripada ditipu dan dimanipulasi di alam siber.
DKSN yang ada sekarang lebih tertumpu kepada keselamatan aset-aset negara tetapi amat kurang kepada aspek melindungi keselamatan pengguna internet negara serta strategi-strategi untuk membantu mereka, katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.

"Melihat kepada peningkatan insiden keselamatan siber yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, maka saya fikir sudah tiba masanya DKSN dikaji semula.


"Malahan, saya difahamkan kajian semula ke atas DKSN ini mendapat perhatian kerajaan dan sedang dipertimbangkan," katanya. - Bernama

sumber: hmetro

hurm... piratebay kne "tutup" ape lagi la rancangan nyer cyber security nak buat... nasib baek setiap yang "di kunci ada 'kunci' nak bukak  wakaka...

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?