Ahmad Jais belum sedar

Home » , , , » Ahmad Jais belum sedar
11:32 AM | Aizat Chik Suliman | No comments

Ehsan Google
Mungkin semua dah tau mengenai  pekara ini dan ini adalah update dari harian metro 27 Sept 2011. Sama-sama kita mendoakan kesihatan beliau.


SHAH ALAM: “Ayah belum sedarkan diri dan doktor memantau rapi keadaannya. Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga dan mendoakan ayah cepat sembuh,” kata Maimun Mohd Jais, 31.

Anak keempat penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh terkenal, Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali Ahmad Jais itu ketika dihubungi berkata, ayahnya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini, sejak dimasukkan tengah malam kelmarin.

Ahmad Jais, 75, dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi DEMC awal pagi Sabtu lalu akibat sesak nafas sebelum dipindahkan ke ICU.


source: hmetro






0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?