Lebih 200,000 tempat di IPT untuk sesi 2011/2012: TPM

Home » , » Lebih 200,000 tempat di IPT untuk sesi 2011/2012: TPM
1:31 PM | Aizat Chik Suliman | No comments

2011/04/02

KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta tempatan menyediakan lebih 200,000 tempat untuk pelajar bagi kemasukan sesi akademik 2011/2012, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri, Muhyiddin Yassin. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ia adalah bagi pengajian di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah.


Beliau berkata, selain itu 100,500 tempat disediakan bagi pengambilan tahun 2011 kepada pelajar yang akan mengikuti kursus dalam bidang teknikal, latihan vokasional dan kemahiran di 27 buah politeknik dan 323 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Katanya, agenda utama kerajaan adalah untuk memartabatkan pendidikan dalam negara dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan buat semua. 

"Dengan adanya peluang pendidikan tinggi yang tersedia di IPT awam dan swasta, serta latihan teknikal dan vokasional dalam negara, saya percaya pelajar mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti kursus yang diminati dan seterusnya memenuhi impian yang terpendam sejak sekian lama," katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Kali ke-7, "Jom Masuk U" Tahun 2011 di The Mines International Exhibition Centre, Seri Kembangan di sini hari ini. - BERNAMA


 -----------------------------------------------------






Create your own banner at mybannermaker.com!

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?