FBM KLCI akhiri dagangan kukuh

Home » , , » FBM KLCI akhiri dagangan kukuh
12:34 PM | Aizat Chik Suliman | No comments

2011/04/02

Prestasi baik dagangan serantau, petunjuk positif domestik sokong pasaran 

HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi baik mendapat rangsangan daripada kekukuhan pasaran serantau dan disokong oleh petunjuk domestik baru.

Aliran masuk lebih banyak pelaburan dan potongan subsidi perlahan-lahan yang dirancang, bagi merangsangkan penggunaan dan mengehadkan inflasi juga membantu sentimen pasaran.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,555.38, naik 10.25 mata, selepas dibuka 1.91 mata lebih tinggi pada 1,547.04. 

Sepanjang minggu ini, indeks itu meningkat 39.83 mata atau 2.62 peratus. 

Dalam temu bual dengan saluran Bloomberg semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan lebih banyak lagi pelaburan bagi merangsang pertumbuhan dan menimbang potongan subsidi perlahan-lahan untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga. 

Pada peringkat serantau, petunjuk pasaran Hong Kong, Hang Seng Index menambah 1.17 peratus kepada 23,801.9, Shanghai Composite Index naik 1.34 peratus pada 2,967.41, 
Korea Composite Stock Price Index meningkat 14.31 mata untuk ditutup kepada 2,121.01 mata, Straits Times Index menokok 0.47 peratus kepada 3,120.47 mata. 
Bagaimanapun, petunjuk pasaran Jepun, Nikkei turun 0.5 peratus kepada 9,708.39. 

Indeks Perladangan naik 25.15 mata kepada 7,834.28, Indeks Kewangan menokok 143.4 mata kepada 14,148.11 dan Indeks Perusahaan meningkat 11.78 mata kepada 2,845.98. 

Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia meningkat 74.1 mata kepada 10,686.56 dan Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia naik 80.85 mata kepada 11,418.02 tetapi Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia berkurangan 12.07 mata kepada 4,321.4. 

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 517 berbanding 319 manakala 271 kaunter tidak berubah, 312 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan turun kepada 1.518 bilion saham bernilai RM2.152 bilion, daripada 1.951 bilion saham bernilai RM2.566 bilion, diurus niaga pada Khamis. 

Genting Malaysia naik 16 sen kepada RM3.84 selepas laporan berita membuat spekulasi ia memenangi bidaan bagi Pan Malaysia Pools Sdn Bhd, pengusaha nombor ramalan yang dimiliki oleh bilionair T. Ananda Krishnan. 

Di kalangan kaunter cergas, D.B.E Gurney naik setengah sen kepada 13 sen, MAA Holdings meningkat 20.5 sen kepada RM1.03 dan Talam Corporation tidak berubah pada 9.5 sen. 

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok lima sen kepada RM9.01, CIMB Group naik 14 sen kepada RM8.34, Petronas Chemicals menambah 13 sen kepada RM7.37, Sime Darby menokok sembilan sen kepada RM9.32, Genting Bhd naik empat sen kepada RM11.08 dan Axiata menokok lapan sen kepada RM4.87. 

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada RM1.248 billion saham bernilai RM2.086 bilion, daripada 1.708 bilion saham bernilai RM2.516, kelmarin. 

Waran meningkat kepada 169.472 juta unit bernilai RM44.47 juta daripada 127.776 juta unit, bernilai RM29.555 juta, yang dicatatkan sebelumnya. 
Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 94.2 juta saham bernilai RM18.689 juta, daripada 107.651 juta saham bernilai RM19.684 juta, yang diniagakan kelmarin. 

Barangan pengguna menyumbang 107.905 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 271.763 juta, pembinaan 76.098 juta, perdagangan dan perkhidmatan 410.631 juta, teknologi 26.852 juta, prasarana 18.289 juta, kewangan 149.241 juta, hotel 6.920 juta, harta 149.498 juta, perladangan 26.622 juta, perlombongan 86,200, REITs 4.048 juta dan dana tertutup 94,000. – BERNAMA


 -----------------------------------------------------




Create your own banner at mybannermaker.com!

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?