Gaddafi benarkan siasatan antarabangsa

Home » , » Gaddafi benarkan siasatan antarabangsa
12:42 PM | Aizat Chik Suliman | No comments

03/03/2011 2:57am

TRIPOLI 3 Mac - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam menyatakan beliau akan membenarkan satu siasatan antarabangsa diadakan kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat keputusan berdasarkan laporan-laporan palsu berhubung keadaan di negara itu.
``Bagaimana PBB boleh membuat keputusan berdasarkan 100 peratus laporan palsu,’’ katanya dalam satu ucapan.
Beliau berkata, Libya juga perlu menyiasat kejadian yang berlaku dari al-Bayda sehingga ke Benghazi di mana kedua-dua bandar itu berada di timur negara ini telah jatuh ke tangan pemberontak. - Reuters


-----------------------------------------------------

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?