Polis rampas wang tunai kira-kira RM2 juta disyaki digunakan biayai dadah

Home » , , , » Polis rampas wang tunai kira-kira RM2 juta disyaki digunakan biayai dadah
1:50 PM | Aizat Chik Suliman | No comments
KUALA LUMPUR: Polis berjaya merampas wang tunai hampir RM2 juta yang dipercayai digunakan bagi membiayai sindiket pengedaran dadah dan menahan 10 warga tempatan dan lima rakyat Nigeria dalam tiga serbuan berasingan di Lembah Klang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata kesemua mereka,
termasuk tiga wanita tempatan, yang berumur antara 24 dan 39 tahun dari tiga sindiket berbeza yang aktif menjalankan pengedaran dadah jenis syabu, heroin, ganja dan pil eramin 5 di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama, seorang lelaki dan seorang perempuan
masing-masing berumur 31 dan 29 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Cheras di
sini 3 Februari lalu.







"Pada mulanya sepasukan polis dari Balai Polis Cheras melihat kedua-dua
suspek dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry berhampiran kawasan perumahan itu kira-kira jam 11.50 malam.

"Pemeriksaan awal menemui satu magazine berwarna hitam berisi 13 butir
peluru dan tujuh butir peluru hidup yang ditemui dalam kereta yang dinaiki
suspek yang kemudiannya turut dirampas," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas rumah suspek di Taman Cheras
tersebut menemui 500 biji pil eramin 5, 95 gram syabu dan sebuah telefon bimbit
dan wang tunai sebanyak RM1.63 juta yang disembunyikan di rumah itu.







"Kami percaya wang yang dirampas itu untuk biayai aktiviti pengedaran dadah
di sekitar Lembah Klang dan kami sedang mengenalpasti individu-individu lain
yang terbabit," kata Zulkifli.

Sementara itu, dalam operasi kedua kira-kira jam 9.30 pagi dua hari lalu,
seorang lelaki dan seorang wanita ditahan dan wang tunai sebanyak RM150,750
dirampas dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah di sebuah
kondominium di Jalan Klang Lama.






Menurutnya, polis turut merampas lima bungkus plastik lutsinar yang disyaki
dadah jenis ketamine seberat 1,430 gram dan empat paket plastik lutsinar dadah
disyaki heroin sebanyak 13 gram.

Turut dirampas enam butir peluru hidup dan empat telefon bimbit,
katanya.

Zulkifli berkata, ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek
masing-masing berumur 39 dan 25 tahun itu positif dadah.

Dalam operasi ketiga, seorang wanita tempatan dan lima lelaki warga Nigeria
yang kesemuanya berumur antara 24 dan 34 tahun ditahan di sebuah rumah teres di
Taman Puchong Hartamas awal pagi 2 Februari lalu.

Beliau berkata, polis berjaya merampas 24 plastik lutsinar disyaki dadah
jenis syabu seberat 805 gram dan dua paket plastik lutsinar ganja seberat 117
gram.






Katanya, turut dirampas wang tunai sebanyak RM128,822, kereta jenis Proton
Persona, barang kemas, komputer riba dan sembilan telefon bimbit.

Kesemua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta
Dadah Merbahaya, tambah beliau. - BERNAMA
soucre : http://bit.ly/g9NZ0f

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?