Pengguna motosikal kekal korban paling ramai

Home » , , » Pengguna motosikal kekal korban paling ramai
2:36 PM | Aizat Chik Suliman | No comments
2011/02/10
KUALA LUMPUR: Pengguna motosikal terus menjadi penyumbang tertinggi angka korban jalan raya dengan 10 kematian daripada 12 yang direkodkan pada hari ke-14 Ops Sikap ke-23, semalam.

Statistik Polis Cawangan Trafik Bukit Aman menerusi laman webnya menunjukkan angka terbaru itu menjadikan jumlah yang maut akibat kemalangan jalan raya sejak operasi bermula pada 27 Januari lalu meningkat kepada 191 kematian. Daripada jumlah itu 128 adalah pengguna motosikal.

Laman web itu juga melaporkan sebanyak 1,156 kemalangan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam dengan jalan bandaran kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 486 kemalangan diikuti jalan persekutuan (295), jalan negeri (219), lebuh raya (85) dan jalan-jalan lain (71).

Sebanyak 12,040 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik semalam.

Ops Sikap ke-23 akan berakhir hari ini. - BERNAMA

source : http://bit.ly/eIH0Vg


RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?