Kadar tol PJS di NPE dikurang kepada RM1

Home » , » Kadar tol PJS di NPE dikurang kepada RM1
3:47 PM | Aizat Chik Suliman | No comments

17/02/2011 1:35pm

PETALING JAYA – Kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dekat Kampung Medan di sini akan dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 bermula pukul 12.01 tengah malam ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Pesta Chop Goh Mei peringkat Negeri Selangor dan Majlis Penyampaian Sumbangan anjuran Barisan Nasional Selangor di Padang Taman Dato’ Hormat PJS 10, di sini.
Najib berkata, kerajaan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat negara, dan langkah pengurangan kadar tol ini merupakan salah satu daripada contoh usaha gigih kerajaan, yang sejajar dengan konsep 1Malaysia.
"Ini satu lagi contoh bahawa kerajaan akan buat yang terbaik untuk rakyat Selangor dan Malaysia,” katanya dan disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,500 hadiran.
Pada Februari 2009, kerajaan mengumumkan bahawa kutipan tol di Plaza Tol PJS 2, NPE arah ke Kuala Lumpur dimansuhkan.
Lebuh raya itu sepanjang 19.5 kilometer dibuka sejak 30 April 2004. – Bernama


source :http://bit.ly/dERfST






RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?