Buruh Indonesia ditangkap semula selepas bebas tuduhan edar kanabis

Home » , , » Buruh Indonesia ditangkap semula selepas bebas tuduhan edar kanabis
2:28 PM | Aizat Chik Suliman | No comments
2011/02/08
SHAH ALAM: Seorang buruh warga Indonesia yang dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 10.2 kilogram oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangkap semula oleh polis sejurus dia melangkah keluar dari mahkamah.

Herman Jubadi, 42, dari Jawa, ditahan empat anggota polis berpakaian preman

termasuk pegawai penyiasat dalam kes itu. Difahamkan lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur enam tahun, ditangkap semula berhubung kes imigresen.







Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid
memutuskan untuk membebaskan Herman tanpa dipanggil membela diri selepas berpuas
hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah Lot 1309, Jalan Teluk Kapas, Rantau Panjang, Klang dekat sini, kira-kira jam 11.30 malam pada 23 Disember 2007.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh
dihukum mengikut Seksyen 39 B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati
mandatori, jika sabit kesalahan.







Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali sementara Herman
diwakili peguam M K Thas dan J Rao.






Mengikut laporan media sebelum ini, dadah bernilai kira-kira RM300,000 itu
ditemui di dalam sebuah kotak mee segera di bahagian dapur rumah sewa Herman.
- BERNAMA

source : http://bit.ly/gL1RTb

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?