Kena cuci ke telur ayam?

Home » , » Kena cuci ke telur ayam?
5:16 PM | Aizat Chik Suliman | No comments
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, semalam aku dengar komunikasi  antara anak aku dan ibunya yang sedang sibuk membasuh telur ayam yang baru dibeli di pasar malam “kena cuci ke telur ayam?”.  Jawapannya mestilah kena cuci sebab telur ayam biasa bercampur dengan najisnya.
Kalau tak cuci tangan kita yang pegang telur ayam kemudian pegang pisau, sayur dan bahan masakan lain juga bernajis. Nak ke adik makan makanan bernajis?? Anak aku mengeleng-geleng kepala tanda menjawap soalan ibunya.


Adik tengok abang jual burger  kat simpang jalan tu tak basuh pun telur ayam yang diletak dalam bakul tu?? Kenapa adik cakap macam tu. Sebab adik tengok telurnya kotor macam ada najis je. Itulah sebabnya ibu tak bagi adik beli burger kat abang burger tu.


Dulu masa pasar ramadhan pun adik nampak pak cik yang jual murtabak tu pun tak basuh telur ayam yang digunakan. Kedai mamak depan tu pun adik nampak tak basuh telur yang digunakan untuk buat roti telur.
Tulah adik … sebenarnya ramai yang tak cuci telur ayam sebelum digunakan termasuklah yang di rumah. Kebersihan sebahagian daripada iman tetapi ramai yang tak ambil kisah seperti buang sampah merata. Kebanyakan daripada mereka ini mungkin tiada ILMU bahagaimana pentingnya kebersihan. Jika kebersihan tidak dijaga ianya boleh menyebabkab ibadah kita tidak diterima oleh Allah s.w.t.

Jadi adik kena ingat dan mengingati orang lain telur ayam mesti dicuci dahulu sebelum digunakan.
Pernahkan anda nampak apa yang anak aku nampak??

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?