Banjir di SMK Kamarul Ariffin sampai pinggang?

Home » , , , » Banjir di SMK Kamarul Ariffin sampai pinggang?
3:25 PM | Aizat Chik Suliman | No comments
Hujan sudah reda sekitar jam 2 tengahari ini, tetapi laluan antara pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin dan jalan besar di situ ditenggelami air sehingga melebihi paras paha.

Ia tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Hanya panduan empat roda dan lori yang mengangkut pengundi yang dapat masuk dan keluar dari pusat tersebut.

Walaupun hujan sudah reda tetapi awan hitam masih menyelebungi langit. Kemungkinan besar hujan akan turun lagi selepas ini.


Seperti yang dijangkakan, hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin tidak lama kemudiannya. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, Bernama melaporkan beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir hari ini berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.

Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata setakat pukul 10 pagi ini, seramai 215 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, dengan antara kawasan terlibat ialah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.

Tiada pusat pengundian yang terjejas akibat banjir setakat tengah hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata proses pengundian di kesemua 12 pusat pengundian dalam kawasan pilihan raya kecil itu berjalan lancar.





"Walaupun hujan lebat, peratusan yang keluar mengundi untuk pilihan raya kecil kali ini agak tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sebanyak 48.93 peratus ataupun 7,219 pengundi telah keluar mengundi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata setakat ini, semua jalan menuju ke pusat pengundian masih boleh dilalui dengan semua jenis kenderaan walaupun sesetengah jalan mula dinaiki air.

Beliau berkata polis telah menempatkan anggotanya di kawasan terlibat termasuk mengawal lalu lintas bagi melancarkan proses pengundian.

"Kita dah sediakan bot-bot untuk membawa pengundi yang tersekat, kalau ada laluan tidak boleh dilalui kenderaan, dari situ mereka akan dibantu oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau petugas daripada parti-parti yang
bertanding.





"(Di beberapa) tempat lain ada banjir kilat kerana hujan air naik serta merta, tetapi tidak begitu serius sehingga menyebabkan laluan terputus," katanya.

Abdul Aziz berkata antara jalan-jalan yang dinaiki air ialah jalan Segamat- Labis di simpang Felda Redong, jalan masuk ke ladang North Labis, jalan masuk ke Ladang Voules dan laluan ke Kampung Sawah Baru.

Mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terdiri 84 mangsa dari kampung Usaha Jaya, 55 (Kampung Paya Dalam); 36 (Kampung Pekan Air Panas); 21 (Kampung Lembah Bakti); 13 (Kampung Bukit Dato) dan enam mangsa orang dari kampung Sekijang.




Pilihan raya kecil DUN Tenang, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dengan calon PAS, Normala Sudirman, 38, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Dis tahun lepas.


source :http://bit.ly/g5Y0DF

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?