Bilik mahkamah bergerak akan diperkenal di Sabah dan Sarawak

Home » , » Bilik mahkamah bergerak akan diperkenal di Sabah dan Sarawak
4:00 PM | Aizat Chik Suliman | No comments
2011/01/21 BERITA HARIAN


SANDAKAN: Konsep Bilik Mahkamah Bergerak akan diperkenalkan di Sabah dan Sarawak pada tahun ini untuk memudahkan proses perbicaraan membabitkan saksi di kawasan luar bandar.



Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, berkata melalui

konsep itu, saksi yang berada jauh dari kawasan bandar tidak perlu mengeluarkan

wang yang banyak bagi menghadiri kes perbicaraan di mahkamah.





"Ada saksi hadir ke mahkamah dengan mengeluarkan belanja kewangan yang

banyak dan jika kes perbicaraan tidak selesai yang mengambil masa dua hingga

tiga hari, mereka terpaksa menyewa hotel di bandar.



"Ia bukan sahaja menjimatkan belanja kewangan yang ditanggung oleh saksi

tetapi dapat menjimatkan masa kes perbicaraan dan keselesaan kepada saksi,"

katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2011 Sabah dan Sarawak di sini hari ini.



Beliau berkata, sebagai permulaan, konsep itu akan dimulakan di Sabah pada

Mac ini dengan menggunakan bas yang diubahsuai.





Malanjum berkata, bilik mahkamah bergerak itu dilengkapi seperti mahkamah

biasa termasuk adanya seorang majistret yang mengendalikan perbicaraan.



Konsep itu adalah berbeza dengan Mahkamah Bergerak yang sudah diperkenalkan

di Sabah dan Sarawak dengan menumpukan kepada penyampaian perkhidmatan mahkamah

di kawasan luar bandar, katanya.



Richard berkata, pada tahun ini pihaknya juga akan memperbanyakkan program

Tanggungjawab Sosial Masyarakat (CSR) dalam menangani peningkatan kes dadah yang

dilakukan oleh golongan remaja.



Beliau berkata, sepanjang tahun lalu di negeri ini, seramai 6,392 orang

berumur antara 16 hingga 50 tahun didakwa mengikut Seksyen 12 dan 15 Akta Dadah

Berbahaya 1952.



Katanya, bagi membantu masyarakat menangani masalah itu, pegawai mahkamah di

Sabah dan Sarawak akan meningkatkan peranan mereka dengan melaksanakan CSR

mereka kepada banyak sekolah dan kampung. - BERNAMA

source : http://bit.ly/gt8mLh

0 Orang Berkata:

Post a Comment

Apa Kata Anda?